Skip to main content
x

Bachelor of Science (Marine Science)

Type
Bachelor (ISCED 2011 level 6)
Language

English

Duration 8 semesters
Cost International student - 4020 USD/year, Malaysia student - RM 2180/year

Sains Laut adalah satu bidang sains berkaitan sumber-sumber hidup dan bukan hidup serta aspek-aspek persekitaran fizikal laut. Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia memberikan penumpuan dalam pendidikan dan penyelidikan sains laut. UKM merupakan salah sebuah IPTA terawal yang menawarkan program pengajian dalam bidang sains laut di peringkat prasiswazah. Di peringkat awal penubuhan, program pengajian dan penyelidikan sains laut di UKM menumpu kepada aspek-aspek ekologi, diversiti dan sains sumber marin. Kini program pengajian dan penyelidikan sains laut di UKM telah berkembang dan merangkumi hampir semua sub-bidang sains laut. Kepakaran pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan sains laut merangkumi bidang-bidang seperti biologi, ekologi dan taksonomi invertebrata marin; biologi dan ekologi terumbu karang; fisiologi; ekologi dan diversiti bakterioplankton; fitoplankton dan rumpai laut; bioteknologi marin; kimia marin; geologi marin; penderiaan jauh lautan dan GIS; oseanografi fizikal; meteorologi dan iklim lautan dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Program Sains Laut berpeluang mempelajari dan memahami kedua- dua aspek biologi (biologi marin) dan juga aspek fizikal (oseanografi) sains lautan. Kursus-kursus sains laut ditawarkan pada peringkat prasiswazah ini adalah berdasarkan kepada perkembangan dan kehendak semasa.

The field of marine science relates to living and non-living resources and physical aspects of the ocean. As a maritime nation, Malaysia gives emphasis on education and research in marine science. UKM is among the earliest to offer marine science study at the undergraduate level. At the early stage the academic programme and research on marine science in UKM concentrated on ecology aspects, diversity and marine resources. Now the academic programme and research in marine science in UKM has developed and covers almost the entire sub-field of marine science. The academic staff involved in teaching and research has expertise covering areas such as biology, ecology and taxonomy of marine invertebrates; biology and ecology of coral reef; physiology; bacterioplankton ecology and diversity; phytoplankton and sea weed; marine biotechnology; marine chemistry; marine geology; marine remote sensing and GIS; physical oceanography; marine meteorology and ocean climate and others. Students from the Marine Science Programme are given the opportunity to learn and understand both the biological (marine biology) and physical (oceanography) aspects of marine sciences. Numerous marine science courses are offered based on current demands and development.

Objektif Pendidikan Program (OPP)/Programme Educational Objective (PEO)

Program Sains Laut berhasrat melahirkan graduan yang menguasai ilmu sains kelautan, berfikiran kritis, berkemahiran menyelidik dan mengaplikasi ilmu serta berupaya memimpin masyarakat untuk pembangunan negara yang mapan. Objektif program Sains Laut adalah untuk;The Marine Science programme aims to produce graduates who mastered the knowledge in marine science, critical thinking, research skills and apply the knowledge and ability to lead society to a sustainable development of the country. The objectives of the Marine Science programme are to;

OPP1 Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas dan latihan yang kukuh dalam bidang sains laut bagi memasuki alam pekerjaan dan pengajian siswazah di universiti utama. Produce graduates with the knowledge base and a solid training in the field of marine science for entering the workforce and graduate studies at major universities.

OPP2 Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang sains laut dan pada masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Upholding Bahasa Melayu as a language of knowledge in the field of marine science and at the same time able to communicate well in English.

OPP3 Menyediakan graduan bagi berhadapan dengan kemajuan dan teknologi yang pesat membangun, dan kerjaya yang melibatkan pengetahuan asas dan pelbagai disiplin, serta peningkatan kendiri dalam kerjaya masing-masing. Prepare graduates to cope with rapid technological progress and development, and career that involves fundamental and multidisciplinary knowledge and self-improvement in their careers.

OPP4 Memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi, keperibadian dan profesionalisma supaya graduan dapat menyelesaikan/memimpin isu-isu semasa berkaitan sains laut, secara berilmu dan beretika. Foster human values, high spirituality, personality and professionalism so that graduates can solve/lead current issues related marine science, for knowledgeable and ethical.

Hasil Pembelajaran Program (HPP)/Programme Outcome (PO)

HPP1 Graduan yang menguasai ilmu sains kelautan, secara meluas, mendalam dan terkini, yang juga boleh menyumbang kepada pelbagai disiplin ilmu yang lain. Graduates who had knowledge of marine science, broadly, in-depth and current, which can also contribute to a variety of other disciplines.

HPP2 Mempunyai kemahiran teknikal yang mendalam dalam ilmu sains laut dan mampu mengenalpasti dan menyelesaikan masalah. Have in depth technical skills in marine science and are able to identify and solve problems.

HPP3 Graduan yang mempunyai kemahiran sosial dan bertanggungjawab serta prihatin terhadap persekitaran. Graduates with social skills and responsibility, and concern for the environment.
HPP4 Graduan yang menghayati nilai-nilai moral, etika dan profesionalisma. Graduates who live the values of morality, ethics and professionalism.

HPP5 Graduan yang mempunyai kemampuan bekerja dan berkomunikasi dengan berkesan. Graduates who have the ability to work and communicate effectively.

HPP6 Graduan yang kompeten untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains kelautan serta mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Graduates who are competent to carry out research and development in the field of marine science and have high creativity and innovation.

HPP7 Graduan yang mempunyai kesanggupan untuk meneroka dan menambah ilmu secara berterusan dan berupaya mengurus maklumat. Graduates who have a willingness to explore and increase knowledge on an ongoing basis and are able to manage information.

HPP8 Graduan yang mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan yang berkesan. Graduates with entrepreneurial skills and effective management.

 

Structural components
Thesis/Dissertation
Dive training
Industry partners
Internship/Workplace experience
Laboratory training
Practical/Field work
Language training
Research Project

ISCED Categories

Personal skills and communication
Policy and governance
Marine and maritime law
Biology
Biotechnology
Ecology
Conservation and environmental management
Marine Geology
Physical and chemical oceanography
Statistics
Aquaculture
Fisheries